23 March 2012- bermula pada tarikh ini kita berkenalan . sejak dari ini awak selalu comment status saya . banyak comment awak yang boleh tahan lah pedasnya . saya wat endah tak endah jela sebab biasala tu kan :)
6 April 2012- awak antar IM chat dekat saya . awak selalu tanya saya dah makan ke ? sihat ? tak keluar p mana2 ? dari chat2 awak pon saya dah boleh agak yang awak sukakan saya . entah la saya ni syok sendiri ke apa kan . lepas tu kawan awak cabar awak minta no fon saya . mula2 saya tak bagi . lama2 baru saya bagi . saya ingat awak nak text saya malam tu tapi takk pon . esok tu baru awak text saya . kita pon mulalah texting2 . time saya dekat qb awak call saya . awak cakap "sebenarnya orang suka dia" . saya buat macam tadak papa jela sebab time tu saya tengah lintas jalan . lepas tu saya cakap "takpa nanti saya bagi jawapan".
1 May 2012- lepas 1 bulan 9 hari kita kenal saya pon buat keputusan bahawa saya terima awak sebagai kekasih hati saya pada 1 May 2012 tepat jam 12 malam . sebenarnya saya saja tunggu tarikh yang cantik2 sikit supaya senang ingat . ini message yang saya bagi dekat awak "pada 1 May 2012 saya Nur Afifa Hananie menerima Mohammad Syafiq sebagai kekasih hati" . sweet tak saya ? hehe .
6 May 2012- ini lah first date kita <3 first time lah kita face to face sebab kita kenal melalui fb je . awak datang amek saya dekat rumah . kali ni kita keluar dengan bff saya . kita pergi jusco . tapi first date kita memang tersangatlah boring ! awak plak balek awal kan . tinggal lah saya keseorangan . selalunya saya akan malu2 bila berhadapan dengan orang yang saya baru kenal terutamanya "LELAKI" . tapi kenapa dengan awak saya tak rasa dup dap dup dap pon ? orang tua2 cakap kalau dia tu jodoh kita , kita tak akan rasa malu nak buat apa pon . ADAKAH AWAK JODOH SAYA ?
15 May 2012- ini second date kita . kita pergi pacific . ni lah kali pertama kita tengok wayang bersama . kita tengok cerita nongkrong . kali ni kita keluar dua je .
21 Jun 2012- ini plak third date kita . kali ni kita pergi qb plak . kita tengok cerita HACKS . awak tak nak tengok pon cerita jiwang2 macam ni sebab awak kata tak masuk dengan jiwa awak . tapi saya ajak jugak awak tengok cerita ni . hehe jahat kan saya ? time ni date paling best !
* sekarang hubungan cinta kita dah 2 bulan 5 hari . baru je kan ? saya harap awak dapat terima saya apa adanya dan saya terima awak apa adanya . walaupon kita selalu gaduh , tapi tak lama lepas tu kita berbaik semula . saya harap hubungan kita ni kekal abadi . saya selalu doa kat Allah jika awak adalah jodoh saya , kekalkanlah hubungan kami berdua . saya minta maaf kalau selama kita kenal ni saya dah buat awak marah , sakit hati , terasa , bosan , benci dan macam2 lagi . saya hanya manusia biasa yang tak penah lari dari melakukan kesilapan . saya tak sempurna pon ! saya tahu saya selalu buat awak risau kan ? saya ni kan sensitif . awak kena banyak bersabar dengan sikap saya ini . tak pa saya akan ubah sikap saya ni perlahan2 . saya harap awak jangan pernah persia2 kan saya . saya harap awak cinta saya dengan ikhlas bukan kerana harta , wajah dan sebaliknya . awak jangan biarkan air mata saya mengalir lagi disebabkan awak eh ? JANJI ?! saya ni cepat tacing :'( sikit2 nak nanges . so awak kenalah jaga sikap awak tuh ! tolong faham perasaan saya sama okey ? awak lah lelaki terbaik dimata saya . ingat taw segala pesanan saya kat awak . akhir kata saya harap hubungan kita ini diberkati Allah dan family kita bersama . I LOVE YOU FOREVER MOHAMMAD SYAFIQ BIN AHMAD ! <3 Assalamualaikum
Tuesday, July 3, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment